|
Monday, 27 September 2010 15:37 |
|
Setelah hampir dua bulan bercuti rehat, Bolasepak Liga Alumni 2010 bakal menyaksikan semula pertarungan pasukan-pasukan alumni di dalam ketiga-tiga Bahagian. Perlawanan liga akan bermula secara rasminya pada bulan Oktober dan banyak pasukan-pasukan sudah mengadakan perlawanan persahabatan pada bulan ini untuk mengembalikan kecerdasan pemain masing-masing.
Liga Bahagian Satu diungguli oleh SMACH yang selesa dengan lima mata di hadapan walaupun baru bermain tiga perlawanan. SMACH yang merupakan naib johan Liga Bahagian Satu edisi 2008 sudah pastinya tidak mahu melepaskan kedudukan tertinggi ini sekaligus mengecapi gelaran juara Bahagian Satu buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan mereka. Walau bagaimana pun ASPUTRA yang merupakan johan Bahagian Dua edisi 2009 sudah pastinya ingin melakar sejarah seperti VIOBA pada musim 2003. VIOBA muncul johan Bahagian Satu 2003 setelah bergelar johan Bahagian Dua pada tahun sebelumnya.
Sementara itu Liga Bahagian Dua menyaksikan perebutan sengit mengungguli takhta liga di antara Faris Petra dan ALUMTEK KL. Faris Petra yang merupakan johan Liga Bahagian Dua musim 2008 ternyata telah melupakan kekecewaan musim lepas dengan menunjukkan kesungguhan untuk kembali semula ke Bahagian Satu. Liga Bahagian Tiga pula masih terbuka luas kepada mana-mana pasukan untuk menempah tempat ke Bahagian Dua kerana masing-masing baru bermain dua perlawanan. Namun Seafield merupakan satu-satunya pasukan yang menang kedua-dua perlawanan mereka dan peluang mereka sedikit cerah berbanding yang lain.
|
|
Read more...
|
|
|
Monday, 27 September 2010 00:00 |
|
Setelah berakhirnya bulan Ramadhan, kini masanya sudah hampir untuk mengetahui pasukan manakah yang bakal menjulang Piala Kejohanan Kebangsaan Liga Alumni edisi 2010. Separuh akhir pertama bakal menyaksikan Perak MCOBA bertemu Kelantan SMACH pada hari Sabtu 9 Oktober 2010 di di Padang RRI Sungai Buloh. Kelantan SMACH pernah memenangi Kejohanan Kebangsaan sebanyak dua kali dan jika mereka menang tahun ini maka mereka akan manjadi pasukan yang pertama memenangi Kejohanan Kebangsaan sebanyak tiga kali. Sementara itu separuh akhir kedua akan menemukan Kuala Lumpur SJAA dan Perlis ASPUTRA pada hari Ahad 10 Oktober 2010 juga di Padang RRI Sungai Buloh. Kuala Lumpur SJAA pernah masuk ke peringkat akhir sebanyak dua kali dan kedua-duanya dikecewakan oleh Kelantan SMACH. Adakah sejarah akan berulang atau perlawanan akhir edisi 2010 akan menyaksikan pasukan-pasukan yang belum pernah memenangi piala ini? Nantikan debarannya! |
|
Wednesday, 17 December 2008 10:48 |
Alumni SMK Bandar Baru Bangi atau Bangi Hunters muncul Johan Perdana Kejohanan Ragbi 7s Liga Alumni 2008 setelah menewaskan Alumni SMS Kuala Selangor atau KUSESS Barbarians 15-10 di dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 14hb Disember 2008 di Padang Utara. Sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan 7s yang julung kalinya dianjurkan oleh Liga Alumni. |
|
|
Monday, 03 August 2009 07:51 |
|
St. John Alumni Association (SJAA) menjadi pasukan pertama yang berjaya mengekalkan gelaran Johan Liga Bahagian Satu apabila seri tanpa jaringan dengan Victoria Institution Old Boys Association (VIOBA) dalam perlawanan terakhir mereka. Manakala pencabar terdekat iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman Old Boys Association (STAROBA) hanya mampu berpuas hati dengan gelaran Naib Johan apabila ditewaskan 1-4 oleh Malay College Old Boys Association (MCOBA).
|
|
Read more...
|
|
Monday, 11 December 2006 01:59 |
VIOBA yang mewakili SM Victoria, Kuala Lumpur berjaya menjadi Johan Karnival Futsal Liga Alumni 2006 setelah mengalahkan MCOBA yang mewakili Maktab Melayu Kuala Kangsar 3-1 di dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Indoor Football Centre, Jalan Genting Kelang pada 10 Disember 2006. Dengan kemenangan ini VIOBA menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500, pingat, jersi dan hamper. MCOBA pula menerima hadiah wang tunai berjumlah RM300 dan hamper. |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
|
Page 1 of 2 |