
Kelantan SMACH Johan Piala Kebangsaan 2008
Kelantan SMACH menyamai rekod Selangor HSKOBA apabila menjuarai Piala Kebangsaan 2008 buat kali kedua setelah mengalahkan Kuala Lumpur SJAA dengan sepakan penalti 3-1. Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas wisel penamat.
Kuala Lumpur SJAA turun padang dengan misi untuk tidak mengulangi kekecewaan kalah kepada Kelantan SMACH semasa perlawanan akhir Piala Kebangsaan 2006 dengan sepakan penalti apabila terikat tanpa jaringan. Namun sejarah kembali berulang dan Kuala Lumpur SJAA terpaksa menunggu sekurang-kurangnya tahun hadapan untuk merangkul Piala Kebangsaan buat kali pertama.
SJAA Johan Berganda
St. John Alumni Association (SJAA) muncul sebagai Johan Berganda apabila menumpaskan Alumni SMS Machang (SMACH) di dalam perlawanan akhir Piala Alumni 2008 yang berlangsung pada 22 Februari 2009 di Stadium Putrajaya. Sebelum ini SJAA telah dinobatkan sebagai Johan Liga Bahagian Satu 2008 manakala SMACH merupakan Naib Johan Liga Bahagian Satu 2008. Perlawanan akhir ini ternyata sengit apabila kedua-dua pasukan memberikan tentangan yang cukup hebat sehingga menyaksikan keputusan terikat 2-2 sehingga wisel penamat. Apabila sepakan penalti dilakukan, SJAA akhirnya berjaya mengatasi SMACH dengan keputusan penalti 6-5.
Ini merupakan kali kedua SJAA memenangi Piala Alumni apabila menjuarainya kali pertama pada tahun 2003, menjadikan ianya sebagai pasukan kedua selepas ANSARA Kuala Terengganu yang memenangi Piala Alumni lebih daripada sekali.
ANSARA Taiping Johan Piala ANSARA 2008
ANSARA Taiping berjaya menumpaskan ANSARA PDRM dengan jaringan 2-0 di perlawanan akhir Piala ANSARA 2008 sekaligus menempa kejayaan pertama bagi mereka di dalam kejohanan Liga Alumni Malaysia sejak mula menyertainya pada 2003. Perlawanan berlangsung di Stadium Petronas, Bangi dan menyaksikan pertarungan yang sengit apabila separuh masa pertama menyaksikan ANSARA Taiping mendahului dengan jaringan pemain tengah mereka, Mohd Hedry Syah, salah seorang bekas pelajar MRSM Taiping.
ANSARA PDRM menggandakan usaha mereka pada separuh masa kedua namun Syarizan Ramli, bekas pelajar MRSM PDRM tetapi bermain untuk ANSARA Taiping, menjaringkan gol kedua dengan sentuhan pertamanya apabila menggantikan salah seorang penyerang ANSARA Taiping. Kedua-dua pasukan berterusan cuba mendapatkan lagi gol namun keputusan kekal sehingga masa penamat.
Klik Ke Arkib Berita
Senarai kemaskini pada 29 Jun 2009:
- Liga Ragbi 2009
- Piala ANSARA 2009
Senarai kemaskini pada 21 Jun 2009:
- Liga Bahagian Satu 2009
- Liga Bahagian Dua 2009









