
SMSOB Juara Perisai Kenangan Shukri Liga Ragbi 2008
SMSOB menjadi juara Liga Ragbi (Perisai Kenangan Shukri) buat kali ketiga berturut-turut setelah menewaskan ASAS dengan keputusan 12-5 pada 24hb Ogos yang lepas.
SMSOB yang memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan kini merupakan pilihan utama untuk memenangi Perisai Perdana yang bakal berlangsung Oktober nanti. SMSOB juga merupakan juara bertahan Perisai Perdana untuk dua tahun berturut-turut sejak 2006.
Bola Keranjang Liga Alumni 2008 tunda ke November
Harap maklum bahawa Kejohanan Bola Keranjang Liga Alumni 2008 akan berlangsung pada 2hb November 2008. Terima kasih.
Bola Keranjang Liga Alumni 2008
Pasukan-pasukan bola keranjang mewakili persatuan bekas pelajar sekolah-sekolah Malaysia adalah dipelawa menyertai pertandingan Bola Keranjang Liga Alumni 2008 yang akan berlangsung dari 16 hingga 24hb Ogos 2008. Pertandingan akan berjalan di dalam dua peringkat secara liga di pusingan awal dan kalah mati di peringkat kejuaraan.
Setiap penyertaan adalah tertakluk kepada kelayakan pemain seperti berikut :
1. Setiap pasukan perlu mendaftar tidak lebih daripada 12 pemain yang mana sekurang-kurangnya 6 orang mesti terdiri daripada ahli-ahli persatuan sendiri.
2. Pemain mesti terdiri daripada warga negara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas atau telah tamat menduduki peperiksaan SPM.
3. Pemain mesti terdiri daripada ahli persatuan bekas pelajar sekolah terlibat di dalam Liga Alumni.
4. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 3 orang pemain jemputan tertakluk kepada syarat-syarat 5 & 6 di bawah.
5. Pemain yang mewakili pasukan-pasukan negara dan negeri serta terlibat di dalam kejohanan peringkat kebangsaan anjuran MABA bagi tahun 2008 tidak dibenarkan mengambil bahagian.
6. Pemain mesti bebas daripada hukuman gantung MABA dan ahli-ahli gabungannya.
Bagi pasukan-pasukan yang berminat untuk mengambil bahagian sila buat pengesahan sebelum 1hb Ogos 2008 melalui e-mel kepada jasa.sukan@gmail.com. Sila maklumkan nama pasukan, sekolah yang diwakili, serta nama dan no telefon pengurus pasukan.
Sebuah mesyuarat pengurus pasukan akan dilangsungkan pada 4hb Ogos 2008 jam 8.30malam.
Klik Ke Arkib Berita









